Pengguna SESB Nikmati Rebat 2.5 Peratus

sesb.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menawarkan rebat 2.5 peratus daripada jumlah wang cagaran tunai pelanggan mereka yang dikira mengikut kadar pro rata.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Norhizami Abu Hasan berkata, pemulangan rebat berjumlah RM7.9 juta itu akan dikreditkan terus ke dalam akaun bil elektrik 606,273 pengguna berdaftar secara berperingkat bermula bulan ini.

“Wang cagaran elektrik ini dikenakan sebagai sekuriti kepada kerosakan atau untuk menjelaskan hutang tertunggak apabila pengguna menamatkan kontrak bekalan selaras dengan peraturan 5(5) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990,” katanya.

Beliau berkata, wang cagaran dikira bersamaan dua bulan penggunaan bil elektrik berdasarkan purata bagi enam bulan terakhir dan akan disemak setiap enam bulan.

Norhizami berkata penambahan wang cagaran hanya akan dikenakan sekiranya terdapat peningkatan penggunaan berbanding wang cagaran sedia ada.

Bagaimanapun, jika purata penggunaan kurang daripada wang cagaran, maka ia boleh dipulangkan kepada pengguna atas permintaan pengguna melalui rebat kepada bil elektrik mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan SESB berdekatan atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan pada 15454 atau 088-515000.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top