Pengguna Kecewa Sukar Dapat Bekalan Telur Ayam di Sandakan

telur-ayam.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Kesukaran untuk mendapatkan bekalan telur ayam sejak Julai lalu terus menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pengguna di sini.

Pengguna bukan saja sukar mendapatkan bekalan telur ayam, tetapi juga terpaksa berhadapan sikap peniaga yang menaikkan harga telur sewenang-wenangnya.

“Saya terpaksa pergi hampir kesemua pasaraya sekitar daerah ini untuk mendapatkan telur ayam,” kata seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Sainah.

Katanya, terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain boleh mendedahkannnya kepada risiko jangkitan Covid-19.

“Justeru itu, saya berharap pihak berkuasa dapat memantau bekalan telur ayam di daerah ini termasuklah memantau harga telur yang membebankan pengguna,” katanya.

Katanya, sebiji telur ayam gred C dijual pada harga 60 sen dan satu karton bersamaan dengan RM18.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini memberi jaminan mereka sedang memantau situasi tersebut.

Telur ayam hanya disenaraikan sebagai barang harga terkawal pada musim perayaan.

Bagi mencegah sebarang kenaikan harga barangan asas, KPDNHEP mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada semua pembekal di daerah ini.

Pembekal atau peniaga yang didapati mencatut akan di ambil tindakan kes dibawah Seksyen 14. –DE/Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top