Pengguna Bijak sambut baik peruntukan naik taraf dua lapangan terbang di Sabah

david-tan-persatuan-pengguna-bijak.jpg

David Chan (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Peruntukan RM19.4 juta bagi membaik pulih dua lapangan terbang di Sabah mampu melonjakkan lagi ekonomi dan pelancongan di negeri ini, kata Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan.

David yang turut menyambut baik peruntukan itu berkata ia bukan sahaja mampu memenuhi keperluan semasa tetapi juga membawa manfaat baik dalam jangka masa panjang.

Katanya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kini merupakan antara lapangan terbang sibuk dan semestinya memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Kita mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan Persekutuan melalui Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di atas peruntukan ini dan diharap ia dapat menyelesaikan beberapa masalah yang timbul.

“Kita mahu KKIA bukan sahaja selamat tetapi juga selesa kepada semua pengunjung yang tiba dan untuk jangka panjang KKIA perlu terus ditambah baik berdasarkan kepada keperluan semasa,” katanya.

Beliau mengulas laporan media mengenai peruntukan RM8.4 juta untuk menambah baik KKIA dan RM11 juta untuk Lapangan Terbang Tawau selepas kunjungan Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Sabah ke atas MAHB baru-baru ini.

David yakin usaha menambah baik infrastruktur lapangan terbang di Sabah mampu meningkatkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Katanya, tidak sekadar itu kerajaan juga perlu melihat keperluan prasarana lain khususnya dalam menyelesaikan isu kesesakan jalan raya di Kota Kinabalu serta infrastruktur jalan raya yang menghubungkan pusat-pusat pelancongan dan tumpuan ramai.

 

Berita asal: Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top