Pengetahuan, Nilai Positif, Disiplin Asas Perkhidmatan Yang Cemerlang – Dr Jeffrey

dr-jeffrey.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kecekapan dan nilai positif yang dimiliki oleh pekerja merupakan aset tidak ternilai yang diperlukan demi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan berada pada tahap cemerlang, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Menurut beliau, selain itu kepakaran dan tahap disiplin yang tinggi juga amat diharapkan, terutama di sektor perkhidmatan awam.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Bengkel Pengurusan dan Majlis Apresiasi Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah bagi Tahun 2020 dan 2021, di sini, baru-baru ini.

“Sesungguhnya, tingkah laku yang utuh dan tahap disiplin penjawat awam yang tinggi dalam melaksanakan tugas amat diaharapkan demi menjayakan inisatif kerajaan khususnya di sektor perkhidmatan awam kerana ‘self-government won’t work without self-discipline,’” kata beliau.

Pada majlis itu Dr Jeffrey turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020 dan 2021 kepada kakitangan kementerian yang terpilih.

Antara penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020 ialah Victoria Alik, Aisah Hj. Ismail @ Mail dan Chrysostom Abah @ G. Abah. Antara penerima APC bagi tahun 2021 ialah Alijah Bte Awang, Asnizah Binti Zulkefli dan Yussop @ Azahari Bin Andoyot.

Mengenai anugerah itu, Dr Jeffrey berkata, , “Semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan seterusnya menjadi teladan kepada semua warga Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang.”

 

Sumber: FB  Jeffrey G. Kitingan Page

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top