Pengerusi DAP Minta Maaf Pada Annuar Musa Atas Isu Jual Tanah DBKL

annuar-n-tan-kok-wai.jpg
Kongsi Bersama

PUTRAJAYA: Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, di pejabatnya bagi memohon maaf berhubung kenyataannya tentang penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Annuar di Twitter memaklumkan Tan menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 18 Nov.

Tan ketika dihubungi FMT mengesahkan permohonan maaf itu. “Iya, hal ini kerana komen saya yang dahulu merupakan fakta yang tidak benar.”

Annuar akan merujuk peguamnya menyusuli perkembangan ini.

Sebelum ini, peguam Annuar menyerahkan notis menuntut Tan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan yang mengaitkannya dengan penjualan 42 plot tanah DBKL.

Annuar menafikan tuduhan berkenaan, mengatakan beliau tidak pernah terima apa-apa permohonan daripada DBKL.

DBKL juga menyangkal dakwaan itu, mengatakan 42 plot tanah berkenaan milik persendirian yang memohon proses perubahan kepada zon guna tanah, kepadatan penduduk, dan nisbah plot terhadap Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top