Pengeluaran Dan Perindustrian: Sabah Perlu Perkukuh Kedudukan Di Peringkat Wilayah – Dr Joachim

dr-joachim.jpg

Dr Joachim Gunsalam (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah perlu mengukuhkan kedudukan dalam sektor pengeluaran dan perindustrian di peringkat wilayah sebelum bersaing ke pasaran antarabangsa.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, usaha itu penting untuk meneroka lebih lanjut pasaran di Sabah, mengetahui keupayaan dan kelemahan dihadapi seterusnya bergerak maju ke peluang baharu.

“Selain itu, pandemik COVID-19 telah menjejaskan ramai pekerja mahir kita, oleh itu kita perlu menekankan kewujudan peluang pekerjaan serta kebajikan semua kakitangan kita.

“Kita perlu mewujudkan peluang masa depan kepada para pekerja berkemahiran ini dengan harapan kita mampu mencapai keadaan ekonomi harmoni di masa hadapan,” katanya dalam siri perbincangan terhadap perindustrian dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia di Sabah, semalam.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa kerajaan negeri kini memberikan perhatian utama terhadap kebajikan semua perniagaan serta pekerja mereka.

Katanya, jangan dilupakan bahawa trend terkini dengan memulakan syarikat atau Perusahaan Kecil dan Sederhana menjadi semakin releven sebagai pemain dalam pasaran.

“Usahawan baharu khususnya dari kalangan belia memasuki pasaran ekonomi dengan idea-idea bernas.

“Kini negara dalam proses pemulihan daripada pandemik COVID-19, adalah penting untuk kita dengar permasalahan yang dihadapan para pemain dari pelbagai latar belakang industri,” katanya.

Katanya, sudah pasti para pemain ini berhadapan dengan kesukaran serta cabaran dalam ekonomi, oleh itu pendapat atau idea mereka mengenai pemulihan ekonomi wajar diberi perhatian.

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top