Pengeboman ikan: Lima ditahan di Pulau Mengalum

bom-ikan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lima lelaki ditahan kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kedudukan 11 batu nautika Barat Daya Pulau Mengalum.

Suspek yang dipercayai warga Filipina ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira jam 11.50 pagi Khamis lalu.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata juragan beserta empat krew itu juga gagal mengemukakan dokumen diri yang sah.

“Mereka ditemui dengan hidupan marin disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan,” katanya, dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Juragan itu, katanya, gagal mengemukakan lesen pendaftaran bot yang sah, sambil menambah bot pam mereka kemudiannya dirampas.

“Kita juga sedang menyiasat kes di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen,” katanya.

Che Engku menasihatkan nelayan serta masyarakat maritim lain supaya tidak menggunakan bahan letupan atau cara lain yang menyalahi undang-undang untuk menangkap ikan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top