Pengasas DAP Meninggal Dunia

dr-chen-man-hin.jpg
Kongsi Bersama

SEREMBAN: Ahli pengasas dan pengerusi DAP, Dr Chen Man Hin meninggal dunia pada usia 97 tahun.

Penasihat seumur hidup DAP itu pernah dipilih sebagai ADUN dan Ahli Parlimen.

Beliau merupakan ADUN Rahang dari 1965 hingga 1982, selain berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Seremban Timor (1969-1974) dan Seremban (1974-1982 serta 1983-1990).

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau amat sedih dengan pemergian Chen.

“Dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Seremban untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya. Bersemadi dengan aman,” tulisnya di Facebook.

Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su menyifatkan Chen sebagai “rakyat Malaysia yang mengagumkan”.

“Pengasas DAP yang berprinsip dan rendah diri, kami terhutang budi kepadanya.”

Bekas ADUN Paloh, Sheikh Omar Ali berkata, Chen sentiasa memperjuangkan demokrasi dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top