Pengasas Bersama Google Sembunyi Di Kepulauan Fiji

larry-page.jpg
Kongsi Bersama

SUVA: Pengasas bersama Google, Larry Page dilaporkan menghabiskan masa ketika pandemik COVID-19 yang belum berakhir dengan bersembunyi di sebuah pulau tropika di Fiji.

Bilionair itu dikatakan tinggal di Pulau Tavarua yang berbentuk seperti hati manusia di barat Fiji.

Page, 48, dilaporkan mendapat kebenaran untuk memasuki pulau berkenaan menerusi sistem Laluan Biru yang dikhaskan untuk golongan kaya-raya sahaja.

Beliau yang mempunyai kekayaan dianggarkan AS$117 bilion (RM494.50 bilion) dilaporkan membawa isteri dan rombongannya ke pulau tersebut.

Menurut laporan media, pihak berkuasa Fiji telah membantu Page bagi memastikan kehadirannya di pulau tersebut disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.

Beliau didakwa telah menghabiskan masa selama beberapa bulan di Fiji dan khabar angin menyatakan Page pernah membeli sebuah pulau lain di Kepulauan Mamanuca, kata sumber kepada portal berita Insider.

Menurut Insider, Page menaiki sebuah pesawat dari Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ke Lapangan Terbang antarabangsa Nadi, Fiji.

Beliau diberikan pelbagai barangan perubatan antaranya ialah pelitup muka dan sarung tangan sebelum memasuki pulau tersebut. – Awani


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top