KUCHING: Pengarah pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri atau pihak lain, selain kerajaan persekutuan.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Sarawak, semalam.
Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.
“JTBPP diwujudkan khusus untuk mengatasi isu pendidikan di Sarawak, selaras saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Sarawak dan Sabah.
“Beberapa agenda penting dibincangkan dalam mesyuarat JTBPP kali pertama ini, termasuk penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA