Pengarah JANS Diminta Letak Jawatan Jika Tak Serius Tangani Masalah Bekalan Air

yakubah.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yaakub Khan meminta Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ir Edward Lingkapo meletak Jawatan jika tidak serius untuk mengatasi masalah bekalan air.

Beliau berkata, isu bekalan air yang sentiasa mengalami masalah sejak sekian lama memberi kesan buruk kepada penduduk setempat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Masalah bekalan air di kawasan Sepanggar sudah semakin meruncing, sudah beberapa kali perbincangan dan arahan dikeluarkan untuk mengatasi masalah ini.

“Namun sehingga kini masalah ini tetap berlaku dan berterusan, rakyat terus marahkan saya kononnya gagal untuk menyelesaikan namun ini memerlukan tidakan serius dan segera  JANS untuk menyelesaikan permasalahan penyaluran bekalan,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Yaakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, pihaknya telah berusaha untuk menyelesaikan permasalahan tersebut termasuk mengadakan lawatan di Loji Rawatan Air (LRA) Telibong.

“Meskipun lawatan bersama Timbalan Pengarah JANS sudah dibuat ke LRA Telibong namun masalah tetap sama.

“Justeru itu, saya meminta pengarah JANS lebih serius atau meletak jawatan agar bekalan air disini serta dibeberapa daerah lain dapat diselesaikan,” katanya.

Ekoran dari masalah yang dihadapi, beberapa kawasan perkampungan termasuk perumahan penduduk mengalami masalah gangguan bekalan air.

Ia termasuklah berlaku catuan air yang turut menyukarkan penduduk untuk meneruskan kehidupan harian seperti biasa. – Sabah Media


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top