Penganjuran Persidangan Wanita Antarabangsa terima sokongan Hajiji

wanita-hajiji.jpg

Hajiji (enam kanan) bersama rombongan SWEPA merakamkan gambar kenangan selepas kunjungan berkenaan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) akan menerima sokongan penuh daripada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkenaan dengan penganjuran Persidangan Wanita Antarabangsa.

Presiden SWEPA Karen Wong berkata, pihaknya telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri pada 13 Mei lalu dengan agenda utama yang dibincangkan adalah mengenai penganjuran berkenaan yang akan diadakan pada 14 dan 15 Ogos depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Tujuan kunjungan hormat juga adalah untuk memaklumkan Ketua Menteri mengenai acara berkenaan yang mensasarkan bagi memperkasakan golongan usahawan dan profesional wanita dari pelbagai sektor.

“Objektif persidangan itu juga adalah mengenai pembangunan profesional, membincangkan cabaran global, rapatkan rangkaian dan kerjasama serta memudahkan pertukaran kebudayaan,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, dengan tema ‘Empowering Women Leaders, Breaking Barriers, Shaping the Future’, persidangan itu akan dijayakan dengan speaker berpengalaman dari pelbagai latar belakang.

Katanya, antara speaker adalah Datuk Prof Dr Stella Chin (Malaysia), Lynn Tiang (Singapura), Dr Kimberley LaComba (Amerika Syarikat), Ashraf Ghazi (Malaysia), Dr Malini Pande (India), Emeliana Rice-Oxley (Malaysia) dan Louise Dg Mabulo (Filipina).

Menurutnya, persidangan itu juga akan melibatkan tiga sesi panel dinamik yang merangkumi topik-topik menarik yang akan disampaikan oleh Datuk Nancy Ho, Dr Firdausi Suffian, Dr Kimberley LaComba, Josephine Hadikusumo, Emeliana Rice-Oxley, Zurinah Hanafiah, Carol Fung, Tan Wan Ting dan Yein.

“Dijangkakan seramai 500 peserta terdiri daripada golongan usahawan wanita dan lelaki dari pelbagai latar belakang kerjaya akan hadir.

“Hajiji telah memberikan jaminan akan memberikan sokongan penuh kepada acara ini dan mahu badan bukan kerajaan tempatan yang diterajui wanita untuk turut serta memberikan galakkan dalam persidangan itu,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top