Penganjur Euro 2020 Henti Letak Botol Heineken Depan Pemain Muslim

pogba-heneiken.jpg
Kongsi Bersama

LONDON: Penganjur Euro 2020 tidak lagi meletakkan botol Heineken di hadapan pemain Muslim selepas Pogba mengalihkan minuman yang menaja pertandingan itu minggu lalu.

Pemain Perancis dan Manchester United itu menyorokkan beberapa botol minuman keras berkenaan ketika menghadiri sesi sidang media, sebelum bertemu Jerman.

Kini, pengurus dan pemain akan ditanya sama ada mereka bersetuju jika botol Heineken boleh diletakkan di podium atas faktor agama, lapor The Telegraph.

Apa yang dilakukan Pogba ke atas satu daripada penaja minuman sempena kejohanan itu menyusul selepas tindakan Cristiano Ronaldo mengalihkan botol Coca Cola sebelum aksi pertama pasukannya menentang Hungary.

Bintang dunia itu seakan tidak menggemari kehadiran minuman berkarbonat terbabit dan meletakkannya di tepi, sebelum memberitahu ‘minum air kosong’ ke arah kamera.

Perubahan dapat disaksikan apabila tiada botol Heineken diletakkan di hadapan penyerang Perancis, Karim Benzema ketika pemain berkenaan ditemubual selepas memenangi anugerah pemain terbaik perlawanan menentang Portugal.

Namun, dia masih bercakap di hadapan iklan dengan nama penaja itu dan juga trofi individu yang ditaja Heineken.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) sebelum ini memberi amaran, pemain boleh didenda jika mereka terus mengetepikan penaja dan minuman mereka pada sesi sidang media.

Di sebalik ketetapan itu, badan induk itu menjelaskan ada perbezaan antara mengetepikan minuman beralkohol atas faktor agama dan mengetepikan minuman berkarbonat atas pendekatan peribadi demi kesihatan dan kecergasan. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top