Penganjur acara ‘pulangkan Najib’ mohon maaf pada bekas ketua hakim

tun-hamid-mohamad.jpg

Tun Abdul Hamid Mohamad

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kumpulan yang menganjurkan program dialog ‘Pulangkan Najib’ di Melaka malam ini telah memohon maaf atas “salah faham” yang melibatkan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Malaysiakini dalam laporannya memetik jurucakap Gerakan Mahasiswa Pulangkan Najib, Wan Muhd Zuhir merujuk kepada poster acara yang tidak betul telah disiarkan ke akaun Facebook bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hantaran yang kini dipadam itu menyatakan Abdul Hamid salah seorang penceramah acara pada malam ini, bertempat di Dataran Bukit Tariq, Klebang Permai.

“Kami akui berlaku salah faham dalam penganjuran Dialog Pulangkan Najib di Melaka yang mana melibatkan Tun Abdul Hamid, mantan ketua hakim negara.

“Gerakan Pulangkan Najib memohon maaf atas kesilapan komunikasi dan keralatan yang berlaku,” kata Wan Muhd pada satu kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut kumpulan itu bagaimanapun berharap untuk mendapatkan pandangan bekas ketua hakim negara pada majlis akan datang.

Abdul Hamid pada awal hari ini menyelar poster yang diedarkan menunjukkan kehadirannya pada majlis itu, menyifatkannya sebagai “satu pembohongan tidak bertanggungjawab.”

Beliau menuntut pihak-pihak yang berkenaan menarik balik poster iklan itu dan meminta maaf kepadanya.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top