Pengangkutan laut Tawau-Tarakan Indonesia beroperasi bulan depan

feri.jpg

Gambar hiasan. Salah sebuah feri yang menjalankan perkhidmatan antara Tawau-Tarakan

TAWAU: Jaringan pengangkutan laut Tawau-Tarakan Indonesia akan disambung semula selewat-lewatnya bulan bulan hadapan.

Ketua Perwakilan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau, Heni Hamidah berkata, pihaknya sudah mendapat maklumat mengenai penyambungan semula jaringan pengangkutan laut berkenaan.

Katanya, setakat ini, hanya pengangkutan laut Tawau-Tarakan Indonesia sahaja yang pasti beroperasi dalam masa terdekat.

“Permintaan untuk pengangkutan udara Tawau-Tarakan Indonesia pula masih dalam proses menunggu keizinan daripada Kementerian Perhubungan Pusat Republik Indonesia.

“Selain kesediaan pesawat, untuk mewujudkan kembali penerbangan terus ini memerlukan keizinan membuka lapangan terbang jalur internasional di Tarakan,” katanya ketika ditemui media, kelmarin.

Sementara itu, Heni berkata, terdapat juga permintaan daripada warganegara Indonesia di Sabah untuk membuka penerbangan laluan Tawau-Makassar Indonesia.

Katanya, laluan ke Makassar memang sangat dinanti oleh warga Indonesia yang berada di Sabah kerana kebanyakan mereka berasal dari Sulawesi.

“Kami akan berbincang dengan Kementerian Perhubungan Pusat Republik Indonesia dan lapangan terbang di Makassar berhubung permintaan ini,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top