Pengamal media harus salur berita tepat, tepis berita palsu – Nizam

nizam-3.jpg

Nizam bersama petugas media yang hadir dalam Majlis Malam Mesra Media Zon Tawau

Kongsi Bersama

TAWAU: Para pengamal media dapat membantu dalam usaha menepis penularan berita palsu kepada masyarakat.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Kitingan berkata lambakan berita palsu di pelbagai platform pada masa kini sering mengelirukan orang ramai.

“Pengamal media membantu dalam membetulkan berita palsu dengan memberikan laporan yang terkini dan sahih bukan semata-mata hanya ingin mendapatkan berita-berita sensasi sahaja.

“Penulisan berimpak tinggi dapat mengubah pemikiran masyarakat bagi menepis berita palsu dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya ketika merasmikan Majlis Malam Mesra Media Zon Tawau yang dihadiri oleh 13 agensi media.

Nizam turut berkata media merupakan perantara penting dalam merapatkan hubungan antara masyarakat dan pemimpin melalui liputan serta penulisan yang diterbitkan bagi menjelaskan pelbagai isu.

“Pengamal media tanpa jemu banyak membantu pihak kerajaan dalam membuat liputan berkenaan program pembangunan yang dilaksanakan.

“Pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan negeri perlu disebarkan agar masyarakat dapat melihat sendiri usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi memastikan agenda Sabah Maju Jaya dapat direalisasikan,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Peter Tong Ah Pin, Pegawai Penerangan Daerah Tawau, Azuary Abdul Azis dan Pengerusi Persatuan Pemberita Tawau, Tan Chin Cheng. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top