Penerima Vaksin Cansino Dibenar Masuk Premis Perniagaan

shahelmey.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penerima vaksin jenis dos tunggal (Cansino) dibenarkan memasuki premis-premis perniagaan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata walau bagaimanapun ianya mestilah selepas tempoh masa yang telah ditetapkan daripada tarikh menerima vaksin.

“Vaksin jenis Cansino ini adalah vaksin jenis dos tunggal. Ianya bersamaan dengan vaksin jenis dua dos yang lain.

“Oleh itu tiada halangan bagi mereka yang menerima vaksin jenis ini untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan atau untuk melakukan urusan.

“Tetapi ianya mestilah selepas 28 hari dari tarikh mereka mendapatkan vaksin jenis Cansino, ” katanya.

Shahelmey berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai akan tetap diteruskan walaupun dengan penutupan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini.

Jelasnya, tidak ada masalah untuk mendapatkan vaksin.

“Walaupun beberapa PPV telah ditutup, terdapat 16 buah PPV lagi yang masih dibenarkan beroperasi di kawasan-kawasan yang masih memerlukan.

“Bagi kawasan yang sudah tidak mempunyai PPV, pemberian vaksin akan dilakukan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan, ” jelasnya.

Shahelmey juga mengingatkan orang ramai agar terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19.

“Dengan peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik ini, saya ingin mengingatkan orang ramai untuk tetap mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat, ” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top