Penempatan Guru Termasuk Di Sabah, Sarawak Diselesaikan Sebelum Mac Ini – Fadhlina

fadhlina.jpg

Fadhlina

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Masalah pnempatan guru akan diselesaikan segera sebelum sesi persekolahan baharu bermula pada Mac ini, bagi memastikan tiada isu kekurangan guru, terutama di Sabah dan Sarawak.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, langkah itu penting supaya Kementerian Pendidikan (KPM) boleh melihat keperluan menawarkan semula jawatan guru sandaran atau guru kontrak untuk mengisi kekosongan.

Menurutnya, isu kekurangan guru dipandang serius oleh KPM kerana ia turut memberi kesan besar kepada murid dan pelajar sekolah.

“Seperti saya nyatakan mengenai komitmen KPM sebelum ini adalah 50 peratus penempatan guru di Sabah dan Sarawak akan disiapkan sebelum pembukaan sekolah manakala di negeri lain juga kita akan uruskan dengan segera.

“Guru sandaran termasuk guru kontrak yang kita sedang tempatkan ketika ini juga pastinya akan beri kesan selepas ini, tetapi kita akan isi secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Perdana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) 2023 di sini, pada Jumaat.

Turut hadir Presiden NUTP Aminuddin Awang dan Setiausaha Agung NUTP Fouzi Singon.

Ditanya sama ada terdapat jumlah kekurangan guru yang direkodkan KPM setakat ini, beliau berkata, ia hanya akan diketahui selepas penempatan guru dilaksanakan.

Sebelum ini, NUTP dilaporkan memohon supaya KPM menawarkan semula jawatan guru sandaran bagi menampung isu kekurangan guru terutama di Sabah dan Sarawak.

Fouzi dipetik berkata, berdasarkan kajian dilaksanakan NUTP mendapati faktor kekurangan guru antaranya disebabkan pertambahan sekolah baharu, pertambahan murid dan kelas, persaraan awal dan wajib serta faktor kesihatan guru.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top