Penduduk Tonobon, Kodop Dan Malidang Bunga Raya Bakal Nikmati Jalan Berturap

jalan.jpg

KENINGAU: Impian penduduk Kg Tonobon, Kodop dan Malidang Bunga Raya untuk menikmati kemudahan jalan selesa dan berturap bakal menjadi realiti apabila projek jalan yang sedang dilaksanakan di kampung itu siap.

Penduduk kampung, Clarence Jocobus berkata, selama ini mereka menggunakan jalan berlubang yang becak ketika hujan dan berdebu semasa kemarau dan masalah itu akan dapat diatasi melalui inisiatif Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik.

“Kerja-kerja naik taraf jalan sedang berjalan lancar dan kita berharap projek berkenaan siap tidak lama lagi,” kata Robert ketika meninjau pelaksanaan projek berkenaan.

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor menegaskan kerajaan yang ada sekarang mempunyai kesungguhan meningkatkan taraf hidup penduduk melalui pelaksanaan kemudahan infrastruktur.

Robert berharap pelaksanaan kemudahan itu dapat memberi penduduk akses keluar dan masuk kampung dengan lebih selesa dan selamat khususnya kalangan guru dan murid-murid yang melalui jalan berkenaan setiap hari

Dengan pelaksanaan projek naik taraf jalan itu, Clarence turut berterima kasih atas keprihatinan pejabat Ahli Parlimen Keningau yang diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan serta Robert kerana menyalurkan peruntukan.

“Kami amat bersyukur kerana semakin banyak kemudahan infrastrukur sedang dilaksanakan sekarang,” jelas Clarence. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top