Penduduk Tiga Kampung di DUN Karambunai Terima Sumbangan 5,000 Roti

DUN-Karambunai.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penduduk di tiga kampung dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai di sini menerima sumbangan roti daripada sebuah syarikat pengeluar makanan kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Yakub Khan mengalu-alukan sumbangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana pihak yang berminat untuk membantu penduduk yang terkesan akibat Pandemik Covid-19.

Yakub yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diwakili oleh Setiausaha Politiknya, Noraini Idris, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

“Ini adalah usaha yang murni dan patut dicontohi. Tanggungjawab membantu masyarakat ini dari kalangan pihak swasta amat dialu-alukan. Terima kasih diucapkan kepada Dexter Lau, Pengurus Besar Kim Teck Cheong (KTC) Consolidated Berhad,”kata Noraini.

Sumbangan 5,000 roti jenama Creamos-Bun tersebut diserahkan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lapasan, Kampung Malawa dan Kampung Salut. Manakala Kampung Lentuang menerima 100 buku roti jenama Gardenia Classic.

Setakat ini, KTC telah mengedarkan sumbangan makanan kepada lebih 125 kawasan di negeri ini, bersamaan dengan 1.5 juta roti yang telah disumbangkan kepada segenap lapisan masyarakat.

“Ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) KTC,” kata Dexter.

“Diharap sumbangan ini dapat membantu penduduk DUN Karambunai yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” tambahnya. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top