Penduduk Sabah Di Semenanjung Berpeluang Dapat Tiket Percuma Balik Mengundi

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Penduduk Sabah yang tinggal di semenanjung berpeluang mendapatkan tiket penerbangan percuma untuk balik mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.

Pengerusi BorneoCare Spencer Klumai berkata pihaknya mendapat sumbangan dana bagi membantu menampung tambang kapal terbang bagi warga Sabah.

“Oleh kerana mengundi adalah tanggungjawab setiap penduduk dan pengundi berdaftar kita memberikan peluang kepada warga Sabah termasuk pelajar serta mereka yang bekerja di semenanjung untuk balik mengundi di negeri ini.

“Setiap permohonan yang akan diluluskan perlulah mempunyai maklumat termasuk nama, nombor kad pengenalan, jadual penerbangan pergi dan balik yang dipilih, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengundi, alamat email pemohon dan nombor telefon.

“Pemohon juga perlu memghantar gambar bukti pengesahan daftar pengundi dari laman Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui aplikasi Whatapps kepada setiap agen terpilih,” katanya.

Menurutnya antara wakil agen yang boleh dihubungi termasuklah Alice di talian 012-2929839, Maria: 011 26135788, Gwen Ng: 012 200 6243, Joel Jalleh: 016 2212 088 dan Edmund: 011-1208 1030.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya tidak menerima permohonan daripada luar negara. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *