Penduduk Rayu ADUN Kiulu Segerakan Pembaikan Jalan

kiulu-kg.jpg
Kongsi Bersama

TAMPARULI: Penduduk Kampung Tiong Ratau dan Tiong Simpodon merayu kepada kerajaan terutamanya wakil rakyat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai supaya mempercepatkan pembaikan jalan raya di kampung berkenaan.

Penduduk kampung mendakwa bahawa keadaan jalan berkenaan bertambah teruk setiap kali hujan dan langsung tidak dapat dilalui apabila sungai melimpah mengakibatkan banjir di kawasan itu.

Wakil penduduk Kg. Tiong Ratau dan Simpodon Felix Jhon berkata, saiz ‘kalbut’ yang dipasang di Sungai Kitogung kecil tidak dapat sudah menampung aliran air sungai apabila banjir.

“Kami amat berharap agar wakil rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan semua penduduk kampung yang melalui jalan berkenaan.

Keadaan jalan yang sedang dinaiki air ketika hujan lebat.

“Jalan ini adalah satu-satunya jalan perhubungan Tiong Ratau -Tiong Simpodon dan apabila banjir, tiada jalan alternatif lain kecuali menunggu banjir surut dan penduduk kampung bergotong royong membersihkan jalan berkenaan untuk dilalui,” katanya ketika dihubungi di sini.

Felix berkata, beberapa bulan lalu, jalan Tiong Ratau- Simpodon mengalami kerosakan akibat banjir, bagaimanapun atas inisiatif dan tindakan pantas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, ia dapat dibaiki dengan cepat.

“Kami mahu penyelesaian jangka panjang iaitu menggantikan kalbut di kawasan itu dengan saiz yang lebih besar ataupun kalau boleh membina jambatan supaya tiada lagi masalah jalan raya terputus walaupun berlaku banjir,” katanya. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top