Penduduk Minta Kerajaan Baiki Jambatan gantung Kampung Dungkahang Penampang

jambatan-kg-dungkahang.jpg
Kongsi Bersama

Penduduk Kampung Dungkahang Penampang Proper di sini meminta pihak kerajaan membaiki jambatan gantung kampung itu yang rosak lebih setahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu, jambatan gantung merentasi Sungai Moyog itu biasanya digunakan oleh penduduk kampung yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi kerja di Pekan Donggongon.

“Penduduk kampung yang tidak mempunyai kenderaan biasanya melalui jambatan gantung ini sebagai jalan pintas ke Pekan Donggongon kerana tiada bas (pengangkutan awam), tambang grab mahal, bukan semua mampu naik grab setiap hari,” katanya dipetik Nabalu News.

Katanya lagi, penduduk kampung menggelar jambatan gantung itu sebagai “Bridge to hell” kerana tidak baiki sehingga kini.

“Kami berharap tahun ini pihak berwajib dapat membaikinya untuk kemudahan penduduk kampung,” katanya.

Tindakan daripada pihak JPKK telah dibuat tetapi masih menunggu kelulusan daripada pihak berkenaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top