Penduduk Gusar Jalan Konkrit Di Ranau Berpotensi Runtuh

jalan-ranau.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Hakisan tanah yang berlaku di Kampung Badukan menyebabkan jalan konkrit yang menjadi laluan utama penduduk kampung berisiko untuk runtuh pada bila-bila masa.

Hakisan itu berlaku susulan hujan berterusan yang turun dalam tempoh beberapa hari ini.

Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani berkata, pihaknya telah membuat pemeriksaan teknikal di kawasan tersebut.

“Papan tanda amaran telah diletakkan di laluan berkenaan dan kita minta penduduk berhati-hati semasa melalui jalan berkenaan. Kita harap keadaan tidak bertambah teruk.

“Jalan konkrit ini siap dibina pada tahun lalu menggunakan peruntukan Ahli Parlimen, Datuk Jonathan Yasin. Susulan insiden itu, kita tiada pilihan selain memohon kerja-kerja pembaikan dilakukan di kawasan terbabit,” katanya.

Sebelum ini, gambar mengenai keadaan jalan itu tular dalam media sosial dan penduduk menggesa agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak berkaitan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Jika jalan konkrit itu runtuh sepenuhnya, ratusan penduduk akan terputus laluan perhubungan untuk turun ke Pekan Ranau yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kampung berkenaan.- BORNEO POST

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top