Penduduk Gembira, Jalan Bermasalah Kini Diselenggara

IMG_20220203_151456.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah merangkap ADUN N.40 Bingkor, Datuk Robert Tawik berpuas hati dengan kerja-kerja penyelenggaraan jalan kebun kampung Ulu Kikiran dan Umpason Apin-Api, di sini.

“Saya berpuas hati dengan kerja-kerja penyelenggaran jalan ini dan berharap ianya dapat memberikan manfaat kepada penduduk setempat dalam meningkatkan produktiviti serta kuantiti dan kualiti di samping merancakan aktiviti pertanian  di kawasan tersebut,” katanya semasa melakukan tinjauan ke jalan berkenaan.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah kakitangan Pejabat UPPM N.40 Bingkor serta kakitangan Pejabat ADUN N.40 Bingkor.

Sebelum ini kedua rangkaian jalan itu (jalan kebun Kg Ulu Kikiran yang bersambung dengan jalan Kg Matanoi) tidak diselenggara sekian lama menyebabkan pekebun menghadapi kerugian dan kesulitan membawa keluar hasil tanaman untuk dipasarkan.

Dengan inisiatif yang diambil oleh Robert kedua-dua jalan itu diselenggara dan menjadikannya jauh berbeza berbanding dahulu.

Seorang penduduk yang juga pengguna tetap jalan kebun Kg Ulu Kikiran Benjamin Gumbiron amat bersyukur dan berterima kasih kepada Robert kerana dia kini boleh mengangkut keluar hasil pertanian dengan mudah.

Kegembiraan yang sama dizahirkan oleh Aloysius Pani pengguna tetap jalan kebun Kg.Umpason. Seperti pengguna lain dia kita boeh mengangkut keluar hasil pertanian seperti kelapa sawit, getah dan tanaman pisang dengan selesa.

“Terima kasih iepada Adun Bingkor atas keprihatinan beliau terhadap masalah yang kami hadapi selama ini,” katanya .

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top