Penduduk 15 kampung di Tongod terima geran tanah

hajiji-geran.jpg

Hajiji (dua dari kiri) menyerahkan geran tanah anak negeri kepada wakil penduduk kampung pada Majlis Penyerahan Geran Tanah dan Warta Kampung di Dewan Terbuka Dataran Rakyat di Tongod.

Kongsi Bersama

TONGOD: Penantian penduduk di 15 kampung di daerah ini memiliki tanah sendiri akhirnya menjadi kenyataan apabila kerajaan negeri menyerahkan 421 geran tanah anak negeri dekat sini pada Sabtu.

Penyerahan geran tanah melibatkan 790.37 hektar itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika lawatan kerjanya ke daerah terbabit.

Menurut Hajiji, antara kampung utama yang terlibat ialah Kampung Simpang Entilibon membabitkan 127 geran tanah, Kampung Imbak (94), Kampung Kironggu (55), Kampung Kotodon (43) dan Kampung Alitang (37).

“Daripada jumlah geran tanah itu, sebanyak 343 geran adalah hasil daripada Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas) dan bakinya, 78 geran lagi daripada proses permohonan tanah biasa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah dan Warta Kampung di Dewan Terbuka Dataran Rakyat Tongod di sini pada Sabtu.

Hajiji dalam pada itu turut menyerahkan warta tanah rizab kediaman Anak Negeri kepada empat kampung melibatkan Kampung Tampasuk dengan keluasan77.587 hektar, Kampung Imbak (7.25 hektar), Kampung Linayukan (15.831) hektar dan Kampung Namukon (4.047 hektar).

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tongod, Datuk Masiung Banah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Bernard Liew dan Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Oluk.

Sebelum itu, Hajiji melakukan pecah tanah projek pembinaan Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MKN) Tongod di tapak projek terbabit.

Projek bernilai RM5,101,390 itu dimulakan pembinaannya pada Jun lalu dan dijangka siap pada Disember tahun hadapan.

Hajiji turut menyerahkan Tanah Rizab Tapak Bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Tongod kepada Ketua Daerah Tongod, Jusison Saidin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top