Pendirian ‘Dine-in’, SSK Sambut Baik Pengumuman Hajiji

ssk-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri  Panglima Dr. Salleh Said Keruak menyambut baik pengumuman Ketua Menteri untuk kekal membenarkan aktiviti “dine-in” di negeri ini.

Ketetapan tersebut baginya sekali gus menjelaskan keraguan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) di Sabah.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk terus membenarkan ‘dine-in’ di Sabah dengan peralihan kita ke Fasa 2 PPN bermula hari ini.

“Harap ini menjelaskan sebarang keraguan orang awam dengan SOP Sabah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, semalam.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, mengumuman bahawa kerajaan tetap dengan pendirian membenarkan aktiviti dine-in di negeri ini yang dikuatkuasakan sejak 29 Jun lalu.

Sementara itu, berhubung penambahan vaksin di Sabah, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, semua pihak turut gembira dengan berita baik berkenaan dalam memastikan proses pemulihan di negeri ini berjalan lancar.

“Kita juga gembira bakal menerima penambahan vaksin untuk imunisasi Sabah. Semoga proses pemulihan Sabah berjalan dengan lancar,” katanya.-pr/BNN

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top