Pendidikan Secara Maya Pilihan Tepat Bagi Jayakan PdP – Salleh

ssk.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Pendidikan secara maya atau digital merupakan pilihan tepat dan signifikan bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama ketika pandemik Covid-19.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak berkata pendekatan baharu itu dilaksanakan susulan pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan sekatan pergerakan (lockdown) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia sebagai langkah menangani rantaian wabak tersebut.

“Ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran telah bertukar kepada sesuatu yang bukan baharu tetapi mula dilihat sebagai pilihan yang tepat pada ketika ini, iaitu pembelajaran secara maya.

“Saya sendiri pun mengadakan perjumpaan dan mesyuarat secara maya,” katanya.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Pemantapan Akademik Calon SPM 2021 Mukim Kulambai SMK Usukan yang diadakan secara maya, dekat sini pada Jumaat.

Turut hadir pengetua SMK Usukan Johari Hajat.

Salleh berharap program itu dapat mencapai matlamatnya untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar SPM serta objektif yang perlu dicapai.

Antara objektif program itu ialah memberi kemudahan kelas/ceramah secara “Google Meet” kepada calon-calon SPM dalam pandemic Covid 19.

Ia juga bermatlamat meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan SPM 2021 selain meningkatkan semangat dan kekuatan diri pelajar. – Jesselton Times


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top