Pendidikan sebagai jalan keluar dari kemiskinan – Maijol

maijo.jpg

Maijol yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat berkata beliau akan memastikan agenda pembangunan Bandau terus terbela di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor .

Kongsi Bersama

BANDAU: Aktiviti murid sekolah yang bersifat menggilap bakat kreativiti dan inovasi amatlah digalakkan sebagai ko kurikulum sekolah selain daripada bidang akademik.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bandau, Datuk Maijol Mahap berkata demikian semasa merasmikan program Karnival Sukan Rakyat anjuran PIBG SK Koromoko di sini.

Beliau berkata, aktiviti ko-kurikulum seperti pembuatan kraftangan dan replika di sekolah akan melengkapkan sahsiah seseorang murid dalam pembelajaran khususnya kemahiran insaniah (soft skill).

Semasa karnival, ibu bapa dan murid telah menghasilkan kraftangan dan replika untuk dipertandingkan. Kraftangan dan replika tersebut kemudiannya ditempatkan di galeri pameran di sekolah .

Maijol yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat berkata beliau akan memastikan agenda pembangunan Bandau terus terbela di bawah pentadbiran Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor .

”Bandau mempunyai ramai rakyat yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dan yakinlah kerajaan GRS sedang berusaha untuk menoktahkan kemiskinan rakyat bukan setakat Bandau tapi diseluruh Sabah.

“Salah satu cara untuk keluar dari kemiskinan ialah melalui pendidikan. Murid yang berjaya dalam pendidikan akan mempunyai profesion dan pekerjaan yang akan membantu taraf ekonomi murid dan keluarga pada masa akan datang. Pada masa yang sama, kejayaan seseorang murid sudah tentu menjadi kebanggaan kepada ibubapa”, ujar beliau.

Menyentuh mengenai keperluan rakyat, Maijol sedia maklum “mengenai jalan raya sejauh 9 km dari simpang jalan raya besar menuju ke Kg Koromoko yang yang perlu dinaiktaraf ke jalan aspal. Selain itu, jalan pertanian juga perlu diselenggara untuk keperluan penduduk kampung mengeluarkan hasil pertanian mereka.“

“Mengenai menara telco terdapat 34 menara telco lagi perlu dibina di Kota Marudu dan 8 daripadanya terletak di DUN Bandau iaitu di Kg Mantus, Kg Kerangawan, Kg Bintasan Darat, Kg Pampang Poring, Kg Lampada, SK Taritipan Baru, Kg Torintidon dan Kg Koromoko. Namun, untuk Kg Koromoko ianya sedang dalam pembinaan sekarang.

“Kita akan berusaha untuk memastikan tahap rangkaian internet di Bandau akan mencapai 100 peratus kerana rangkaian internet dan wifi adalah satu keperluan utama bukan sahaja untuk pembelajaran murid secara online tetapi juga untuk rakyat keseluruhan.

“Saya akan pastikan supaya menara telco ini akan dibina secepat mungkin untuk kemudahan rakyat Bandau,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut ialah, Guru Besar Jaimin Layuk, Penolong Kanan HEM dan Pentadbiran, Yang DiPertua PIBG Faziah Matimbang, Ketua Kampung Mohd Hariff Ghani, Pengerusi JKKK Jopairy Mukia, Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Bandau Dr Jurin Gunsalam, guru-guru dan ibu bapa.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top