Sebuah portal berita mendakwa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara bersama telah menulis surat kepada Yang Di-Pertuan Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berikut adalah petikan berita berkenaan dan berita sepenuhnya boleh dibaca dengan mengunjungi portal berkenaan menerusi link yang diberikan:
Satu pendedahan mengejutkan tentang apa sebenarnya berlaku menjelang pertemuan Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan Yang di Pertuan Agong pada Selasa, menunjukkan bagaimana dua pemimpin Umno “terpalit rasuah” memainkan peranan bagi menyokong rancangan presiden PKR itu untuk menumbangkan kerajaan persekutuan.
MalaysiaNow difahamkan bekas perdana menteri Najib Razak dan bekas timbalannya Ahmad Zahid Hamidi, yang didakwa dengan jumlah keseluruhan 79 pertuduhan rasuah, menulis surat secara bersama kepada Agong bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar.
Pendedahan itu mengesahkan spekulasi mengenai mereka bertiga, yang sebelum ini berada dalam kem sama ketika bersama Umno pada tahun 1990-an, bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Nasional (PN).
…Untuk membaca seterusnya, klik di sini.