Pendakwaan Rayu Keputusan Mahkamah Benarkan Peter Anthony Gantung Hukuman, Sabitan

peter-2.jpg

Peter Anthony (gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini yang membenarkan permohonan bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah, Peter Anthony bagi menggantung hukuman dan sabitan atas kesalahan menggunakan dokumen palsu.

Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash Somiah berkata notis rayuan itu difailkan pada 5 Ogos lepas di Mahkamah Tinggi di sini.

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 4 Okt ini,” katanya ketika dihubungi selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas pada Khamis yang turut disertai peguam S Devanandan yang mewakili Peter.

Peter, 51, yang juga ADUN Melalap menfailkan permohonan untuk menggantung hukuman dan sabitan salah terhadapnya bagi membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pada 1 Ogos lepas, hakim Azura Alwi membenarkan permohonannya selepas berpuas hati dengan alasan yang dinyatakan oleh pihak pembelaan.

Pada 26 Mei lepas, Azura menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 atau penjara 15 bulan terhadap Peter selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan sistem Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014. – Bernama

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top