Pendaftaran Vaksin Rakyat Sabah Terendah?

vaksin.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Sabah menjadi satu-satunya negeri yang jauh ketinggalan dari segi pendaftaran vaksin Covid-19 dengan rekod hanya 33.62 peratus.

Berdasarkan laman web rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, negeri itu berada di belakang Kelantan dengan 54.55 peratus.

Utusan Malaysia sebelum ini menghubungi bekas Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi untuk mendapatkan jawapan tentang kekangan dan penyelesaian kerana rekod itu disifatkan sangat rendah ketika negeri-negeri lain semakin mencatatkan perkembangan ketara dalam pendaftaran vaksin Covid-19. Beliau difahamkan akan bertukar ke Putarajaya dalam tempoh terdekat.

Bagaimana, maklum balas yang diterima tidak memberangsangkan apabila beliau sebaliknya meminta untuk mendapatkan jawapan mengapa pendaftaran itu perlahan.

“Kenapa tidak anda cari sendiri kenapa pendaftaran vaksin Covid-19 di Sabah rendah? Dan mungkin (anda boleh) mencadangkan bagaimana untuk memperbaiki prestasi (pendaftaran vaksin ini),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Ketika ini, hanya Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan pendaftaran vaksin penuh manakala Selangor sebanyak 89.73 peratus, Negeri Sembilan (86.06 peratus), Labuan (85.93 peratus), Sarawak (82.98 peratus), Melaka (82.31 peratus) dan Johor (81.60 peratus).

Kesemua negeri tersebut berada dalam kategori warna hujau iaitu hampir mencapai jumlah 100 peratus populasi dewasa.

Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan 79.96 peratus, Perlis (77.10 peratus), Pahang (69.49 peratus), Perak (67.91 peratus), Kedah (66.36 peratus) dan Terengganu 65.59 peratus.

Ketika ini, seramai 17,649,903 sudah mendaftarkan vaksin di seluruh negara dan 7,435,877 menerima dos pertama.

 

Baca seterusnya di Utusan Malaysia


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top