Pendaftaran GRS Tunggu Keputusan ROS

Masidi.jpg

Masidi

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Walaupun sebelum ini terdapat perbezaan pandangan mengenai pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS), akhirnya pendaftaran gabungan itu telah dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, permohonan untuk mendaftarkan GRS dikemukakan kepada ROS pada dua minggu lalu.

“Kami masih menunggu (kelulusan) kerana mereka (ROS) meminta maklumat lanjut namun, kami belum lagi memberikannya (maklumat diperlukan),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program pemberian imunisasi vaksin dewasa, kanak-kanak dan dos penggalak di Wisma Innoprise hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai proses pendaftaran GRS sebagai gabungan parti politik rasmi di Sabah.

Mengulas mengenai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Masidi berkata, negara ini mengamalkan sistem demokrasi maka sesiapa sahaja boleh menubuhkan parti baharu.

Namun, beliau tidak mengulas tentang hasrat KDM mahu menyertai GRS. – Utusan

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top