Penceramah Agama Di Sabah Perlu Dapat Tauliah Pejabat Mufti

arifin-arif.jpg

Datuk Dr Arifin Arif (gambar fail)

Kongsi Bersama

MEMBAKUT: Kerajaan negeri tidak menghalang mana-mana pihak luar khususnya penceramah yang ingin menyampaikan ceramah agama khususnya dalam mana-mana program masjid di Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, walau bagaimanapun, terdapat prosedur yang perlu dipatuhi terutamanya perkara berhubung perolehan tauliah.

“Di Sabah prosedurnya juga sedemikian, tatacaranya juga perlu. Apabila kita hendak mengadakan kunjungan ke Sabah untuk membuat program khususnya ceramah dan lain-lain mesti mendapat tauliah daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah.

“Ini biasanya dilakukan di seluruh negeri di Malaysia kerana ini termasuk dalam Enakmen yang ada dalam Enakmen Majlis Agama Islam masing-masing.

“Demikian juga untuk mengajar agama misalnya guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dan guru-guru agama yang lain… perlu mempunyai tauliah,” katanya selepas sesi penyerahan sumbangan Program Bingkisan Ramadan di kediamannya, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Mohd Arifin turut berkata tiada mana-mana pihak terkecuali daripada ketetapan untuk mendapatkan tauliah sebelum menyampaikan ceramah agama.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top