Penangkapan Ikan Secara Haram: Dua Kapal Ditahan

kapal-asing.jpg

Salah sebuah kapal yang tahan kerana melakukan penangkapan ikan secara haram.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah dan Labuan merampas dua kapal nelayan di perairan Tuaran dan Kota Belud pada pagi Jumaat.

Pengarah APMM Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Datuk Hj Mohd Rosli Abdullah berkata kedua-dua kapal itu dikesan melakukan penangkapan ikan secara haram oleh bot peronda APMM.

“Sistem Pengawasan Laut Maritim Malaysia (SWASLA) mengesan salah satu kapal yang mencurigakan kira-kira tiga batu nautika dari Tanjung Tembungo Tuaran sekitar jam 3.30 pagi.

“Setelah diperiksa, APMM mendapati tiada satu pun nama anak kapal sepadan dengan nama yang tertera pada lesen bot,” katanya sambil menambah semua anak kapal dan kapal nelayan itu ditunda ke ibu pejabat APMM untuk siasatan lanjut.

Kira-kira sejam kemudian pada 4.50 pagi, SWASLA ternampak sebuah lagi kapal yang mencurigakan di sepanjang Teluk Ambong di Kota Belud.

Sebuah bot APMM dikerahkan ke lokasi dan setelah diperiksa mendapati beberapa anak kapal tidak memiliki dokumen yang sah.

“Kapal itu juga ditarik balik ke ibu pejabat APMM di Sepanggar untuk siasatan lanjut,” kata Mohd Rosli.

Kedua-dua kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 dan Akta Imigresen 1959/63.

 

Berita asal: The Borneo Post


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top