Penampilan ‘Sempoi’ PM Tarik Perhatian Netizen

PM.jpg
Kongsi Bersama

CYBERJAYA: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tampil secara ‘sempoi’ petang semalam di majlis pelancaran Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah Ikram Malaysia telah mencuri perhatian ramai warganet (netizen).

Memetik laporan HMetro, Ismail Sabri yang mengenakan kemeja putih tanpa tali leher dan kot serta lengan baju disinsing disifatkan sesuai dengan majlis bersama rakyat.

Kebanyakan warganet memuji pasukan yang mengurus imej Perdana Menteri dan berpendapat ia wajar diteruskan.

“Kudos buat pasukan yang bekerja di belakang tabir dalam menguruskan imej PM,” komen seorang warganet.

Dalam pada itu, seorang lagi warganet menyifatkan penampilan Perdana Menteri pada majlis itu selari dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Macam konsep Keluarga Malaysia, begitulah imej yang PM kita tonjolkan yang mana dia mahu lebih dekat seterusnya disayangi rakyat Malaysia,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top