Penampang Dilanda Banjir Kilat

borneotiday.jpeg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Hujan lebat sejak petang semalam mengakibatkan banjir kilat berlaku di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menyatakan 10 jalan dinaiki air termasuk Bulatan Siga, Donggonggon dan masih boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Sementara itu, 12 kawasan yang dinaiki air adalah Taman Donggongon, Kampung (Kg) Tuavon, Kg Kambau, Kg Dabak, Kg Nambazan, Kg Soboong Kolopis, Kg Tindai Kolopis, Kg Kolopis, Penampang Proper, Kg Inobong, Kg Kibabaig dan Kg Gunsing.

APM memaklumkan bilik gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Penampang (Bencana banjir) di talian 088726054 telah pun diaktifkan dan satu pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang sudah dibuka namun, tiada pemindahan mangsa ke PPS setakat 9.30 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan angin kencang turut dikeluarkan di Sabah sehingga 1 tengah hari ini.

Amaran angin kencang dan luat bergelora di Pantai Barat Sabah turut dikeluarkan sehingga esok. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BORNEO TODAY

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top