Pemuda UMNO yakin tawan semula kerusi DUN Kunak

Pemuda-UMNO-Lahad-Datu-Anil.jpg

Dr. Anil beramah mesra dengan seorang kanak-kanak dalam program berkenaan.

KUNAK: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak akan dimenangi semula oleh parti UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Ketuanya yang juga Penyelaras UMNO Kunak, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu berkata kawasan DUN Kunak adalah kubu kuat UMNO suatu ketika dahulu.

Katanya, berdasarkan kajian dan dapatan di lapangan jelas menunjukkan rakyat sudah mula beralih arah dan memberi kepercayaan semula kepada UMNO.

“Kalau saya lihat peratusan kekalahan UMNO tidak terlalu tinggi sejak dari tahun 2018 hingga 2020 dalam PRN lepas dan saya yakin kerusi ini boleh ditawan semula.

“Saya menaruh keyakinan tinggi kerana kerusi itu memang senang untuk kita menangi dan rampas semula,” katanya

Beliau yang juga Exco Pemuda BN Malaysia berkata demikian ketika ditemui dalam Program ‘Back to School’ anjuran Pemuda UMNO Bahagian Lahad Datu, di sini semalam.

Menurutnya, ketika ini rakyat hanya mahu melihat calon yang bekerja dari awal sahaja dan selalu berkhidmat kepada mereka di lapangan.

“Sekarang rakyat sudah mula celik untuk memilih, mereka akan pilih calon yang sentiasa rajin bekerja dan prihatin dengan nasib rakyat,” katanya.

Sementara itu, Dr. Anil turut berkeyakinan UMNO boleh berdiri sendiri tanpa perlu bergabung dengan mana parti pada PRN akan datang. – Utusan Borneo

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top