Pemuda UMNO Sabah Tampil Pertahankan Zahid

Ir-Abdul-Aziz-Julkarnain-1.jpg

Aziz Julkarnain (Gambar fail)

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda Umno Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu diberikan peluang untuk terus memimpin itu.

“Sebagai ahli parti, kita harus menghormati perlembagaan parti. Beliau telah dipilih sebagai presiden melalui pemilihan yang sah.

“Beri beliau peluang untuk mengubah Umno. Meminta beliau berundur tidak akan menyelesaikan apa-apa kecuali mempromosikan lebih banyak perpecahan dalam parti,” kata pemimpin parti Melayu itu dalam kenyataan yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kata Abdul Aziz, presiden tidak mempunyai kuasa mutlak dan Umno masih mempunyai Majlis Tertinggi untuk melakukan semak dan imbang dalam parti itu.

“Sekiranya kita mempertikaikan presiden, kita harus meminta seluruh anggota majlis tertinggi untuk mengundurkan diri.

“Ingat, kita berada di pusingan terakhir, dan jika kita tidak menyukainya (Zahid), kita masih ada pemilihan parti tahun ini. Sesiapa sahaja boleh mencabarnya jika mereka mahu,” katanya.

Isu meminta Ahmad Zahid berehat pada mulanya dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian Helmi Buang. Semalam Pemuda UMNO Bahagian Seremban juga menyuarakan gesaan yang sama.

Menurut ketuanya, Zool Amali Hussin, saranan itu bukanlah kerana tidak menghormati presiden parti “tapi inilah suara pemuda, suara akar umbi.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top