Pemuda UMNO Beaufort, Belia Menumbok Hulur Bantuan Kepada Penduduk Kg Manggis

bantuan-Menumbok.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KUALA PENYU: 60 buah rumah yang diduduki kira kira 300 orang ahli keluarga di kampung Manggis, Menumbok dekat sini terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) apabila berlaku peningkatan kes positif Covid-19  di kampung tersebut.

PKPD yang bermula sejak 14 Jun lepas dijangka akan berakhir 27 Jun ini bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan  dengan menghalang pergerakan masuk individu luar ke dalam  kawasan

Selain itu pelaksanaan PKPD di lokati tersebut  juga bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Kebanyakan  penduduk yang terlibat berkerja sendiri sama ada sebagai petani atau nelayan

Menyedari kesukaran penduduk yang terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh dua minggu dengan pelaksanaan PKPD tersebut, Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort dengan kerjasama Persatuan Belia Sepakat Menumbok kelmarin tampil menghulurkan bantuan berupa bakul makanan kepada penduduk yang terjejas.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut dilakukan bersama oleh Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort  Fadthul Radzi Lee  dan Pengerusi Persatuan Belia Sepakat Menumbok  Ak Zulfadhli Pg Jaafar yang turut disertai oleh  Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Ag. Mohd Izzan.

Ketika ditemui selepas majlis itu Fadthul Radzi berkata sumbangan itu bertujuan untuk meringankan  beban penduduk kampung yang terlibat semasa menjalani PKPD.

“Kita faham situasi sukar yang mereka hadapi dalam tempoh dua minggu terpaksa berkurung di rumah tanpa boleh melakukan aktiviti yang boleh menjana pendapatan mereka seharian, justeru dengan sedikit sumbangan ini kita berharap dapat meringankan beban yang mereka tanggung,” katanya.

Sementara itu Ak Zulfadhli meminta penduduk yang terlibat dengan PKPD tersebut agar bersabar dan sentiasa mematuhi peraturan serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Tindakan untuk melaksanakan PKPD ini bukan bertujuan untuk membebankan rakyat tapi lebih menjurus kepada menjaga kepentingan kesihatan rakyat  bagi memutuskan rangkaian penularan Covid-19,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top