Pemuda SAPP Teruja Skybridge Dibuka

Pemuda-SAPP.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemuda Parti Maju Sabah melahirkan rasa gembira apabila Skybridge Kota Kinabalu, sebuah mercu tanda baharu bagi Kota Kinabalu dan Sabah secara keseluruhan siap dan sudah mula digunakan oleh orang awam bermula hari ini.

Charles Yong, Naib Ketua Pemuda SAPP sempat berkongsi photo melalui laluan di skybridge berkenaan. Beliau bersama Dexter Chin mencuba melalui laluan di Skybridge buat pertama kali sejak dibuka hari ini.

“Ini adalah laluan baharu bagi pejalan kaki, ada pemandangan menarik, melapangkan selain  menarik serta selamat,”kata Charles.

Skybridge tersebut adalah projek yang terbengkalai semasa penghujung Kerajaan BN, dan Kerajaan Warisan tidak dapat menyiapkannya selepas lebih dua tahun memerintah, meskipun terdapat beberapa berita mengenainya, akan tetapi tidak pernah menjadi realiti.

Sehari selepas Kerajaan GRS pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dibentuk, SAPP menerusi Presidennya Datuk Yong Teck Lee tidak menunggu lama, terus membawa rombongan pemimpin melakukan perbincangan serius dengan pihak DBKK.

Pada akhirnya Kerajaan GRS meluluskan peruntukan bagi membolehkan Skybridge disiapkan dalam tempoh 11 bulan dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri pada 3 September lepas.

Skybridge tersebut tidak kurang menerima kritikan berikutan tiada laluan ke Centre Point. Walau bagaimanapun pihak DBKK telah mengeluarkan satu notis pemberitahuan perkara yang berkaitan bagi melenyapkan isu berkenaan.

Centre Point akan menyiapkan pintu masuk dan tangga dalam tempoh 6 bulan selepas Skybridge disiapkan.

“Semua kemudahan dalam laluan, seperti lif, eskelator berfungsi dengan baik untuk kemudahan umum dan ia juga mesra kepada orang kelainan upaya (OKU)”, tambah Charles lagi.

Skybridge Kota Kinabalu sejauh 400 meter menghubungkan Oceanus Mall, Api-Api Centre, Warisan Square, Asia City dan CPS.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top