Pemuda PBS Sokong Penuh Kerajaan GRS

christopher-mandut.jpeg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berpendirian menyokong penuh Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji haji Noor.

Ketua Pemuda PBS, Christoper Mandut berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda PBS yang diadakan secara dalam talian di sini semalam.

Katanya, Pemuda PBS yakin Sabah akan terus melangkah maju ke hadapan dengan Kerajaan GRS dan di bawah kepimpinan Hajiji, Presiden PBS Datuk Dr. Maximus Ongkili dan para pemimpin parti-parti komponen GRS yang lain.

Sementara itu, Christoper berkata Pemuda PBS juga tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah pihak yang mengelirukan rakyat dengan menjadikan Covid -19 sebagai alasan Kerajaan sekarang ini gagal.

“Ini kerana pelbagai usaha telah dibuat dan Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional (PN) begitu komited membantu rakyat,” tegasnya.

Bagaimanapun, Pemuda PBS meminta agar vaksinasi Covid-19 di Sabah terus dipertingkatkan sehingga 100 peratus.

Selain itu, mesyuarat Exco Pemuda itu juga telah membincangkan tentang persediaan Exco Pemuda untuk menarik lebih ramai ahli baharu.

Seramai 28 ahli Exco Pemuda hadir semasa mesyuarat tersebut. – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top