Pemuda PBS Gesa Kerajaan Sabah Tolak Pemindahan Anggota Polis Bermasalah

christoper-mandut.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Negeri Sabah mempunyai cukup masalah yang perlu diselesaikan dan tidak perlu tambahan mengendalikan pegawai dan anggota polis yang bermasalah.

Menggesa Kerajaan Negeri Sabah menolak pemindahan anggota polis bermasalah ke negeri ini, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah Christoper Mandut berkata tiada ruang di Sabah untuk menempatkan anggota pasukan keselamatan yang tidak berdisiplin.

“Sabah sudah cukup terkesan dengan kehadiran pendatang tanpa izin, kini Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi ingin memindahkan sembilan anggota polis bermasalah terdiri daripada konstabel sehingga sub-inspektor yang didakwa terlibat dalam kes peras ugut ke Malaysia Timur. Siasatan terhadap kesemua anggota tersebut masih dijalankan secara terperinci.

“Beliau berkata Selangor tiada tempat untuk anggota seperti itu … adakah beliau fikir Sabah hanya layak menerima anggota polis yang tidak berdisiplin?” tanya Mandut.

Bersependapat dengan umum bahawa Sabah bukan tempat pembuangan penjenayah serta anggota penguatkuasa yang tidak berdisiplin dan tidak beretika, Mandut menegaskan Kerajaan Sabah tidak seharusnya menerima pemindahan mereka dan menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah sedia ada di negeri ini seperti menangani kebanjiran pendatang tanpa izin di negeri ini.

“Kita perlu teruskan fokus pada masalah sedia ada. Janganlah menambah masalah yang boleh serabutkan fikiran kita,” kata Mandut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top