Pemuda PAS Minta Jalan Di Taman Indah Segera Diselenggara

mustaman.jpg

Mustaman

Kongsi Bersama

Oleh: Aizal Samsaruddin

SANDAKAN: Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain meminta pihak berwajib segera menyelenggarakan jalan rosak di lorong 40, Taman Indah Jaya dekat sini.

Beliau yang juga Pemaju Mukim DUN Elopura, aduan sudah dibuat sejak 1 April yang lalu, namun masih belum ada tindakan dari pihak yang berkenaan.

“Lubang jalan makin hari makin besar, laluan ini juga sering digunakan penduduk dan berada dalam keadaan sesak pada waktu-waktu puncak,” jelasnya.

“Saya bimbang jika jalan ini tidak diselenggara dengan segera boleh menyebabkan kemalangan. Jadi mohon pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” tambahnya.

Jelasnya, Pemuda PAS Sabah sentiasa memandang serius apa sahaja rintihan dan keluhan rakyat dan memastikan ianya dapat ditangani secepat mungkin.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top