Pemuda LDP Minta Kerajaan Pertimbang Pemberian Vaksin Kepada Sektor Kecantikan

sim-fui-2019.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan harus memberikan peluang kepada kakitangan industri pusat kecantikan bagi mendapatkan vaksin COVID-19 lebih awal.

Ketua Pemuda Pergerakan Pusat Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, pengusaha industri berkenaan kini dalam ambang untuk muflis berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini.

“Para pengusaha ini masih perlu membayar sewa kedai, gaji pekerja dan sebagainya. Sekiranya mereka muflis, bagaimana mereka dan para pekerja mereka untuk meneruskan kehidupan dalam tempoh sekarang.

“Mereka juga perlu diberikan keutamaan pemberian vaksin seperti pekerja dalam sektor industri kilang dan pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebenaran diberikan kepada industri makanan dan minuman, tetapi jangan lupakan mereka yang mengusahakan pusat kecantikan, spa dan yang berkaitan.

Katanya, kerajaan kini harus bijak untuk mencari jalan penyelesaian yang lebih fleksibel agar pengusaha industri berkenaan turut merasakan mereka dibantu.

“Mereka tidak meminta wang daripada kerajaan untuk mengatasi masalah mereka, sebaliknya hanya minta kebenaran untuk memulakan operasi setelah diberikan suntikan vaksin.

“Oleh itu, satu keputusan secara tuntas wajar dibuat untuk membolehkan para pekerja dan pengusaha sektor kecantikan, spa dan berkaitan untuk kembali beroperasi,” katanya. – Utusan Borneo

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top