Pemuda GRS buat laporan polis terhadap pengguna FB hina KM

Steve-Johnny-Mositun.jpg

Steve Johnny Mositun menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat olehnya.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Satu laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna media sosial Facebook (FB) yang menggunakan nama Angelina Peace, kerana menggunakan imej Ketua Menteri (KM) , Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan membuat hantaran dengan niat menghina beliau.

Laporan tersebut dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda GRS, Steve Johnny Mositun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Karamunsing di sini, pada Selasa.

Susulan itu, Pemuda GRS memohon kepada pihak Polis untuk menyiasat perkara ini dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengunna FB berkenaan.

Steve berkata, setiap individu mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

”Namun tidak bermakna kita boleh bersuara sesuka hati. Kita mempunyai akta dan peraturan yang harus kita patuhi.

“Janganlah kita menyalah gunakan kebebasan untuk bersuara sehingga menghina orang lain di media sosial,” ujarnya.

Tambahnya lagi, orang Sabah terkenal dengan sikap toleransi yang tinggi dan sikap itu harus dikekalkan agar menjadi contoh kepada semua pihak.

”Kritikan membina amatlah dialu-alukan, selaras dengan konsep demokrasi asalkan dibuat secara berhemah dan beretika,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top