Pemimpin Sabah, Sarawak Ada Peluang Jadi TPM

awang-azman.jpg

Dr Awang Azaman Awang Pawi

KUCHING: Peluang untuk pemimpin Sarawak menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) masih ada jika rakyat dan pemimpin negeri ini bijak berunding dengan parti-parti di Semenanjung Malaysia untuk jawatan kedua tertinggi negara itu.

Pensyarah kanan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Awang Azaman Awang Pawi berkata, Sarawak dan Sabah boleh menuntut jawatan timbalan perdana menteri kedua atau ketiga atau secara penggiliran seperti mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II atau III, atau secara bergilir dengan Sabah kerana sumbangannya dalam pembentukan Malaysia.

“Maknanya satu penggal untuk Sarawak dan satu penggal lagi untuk Sabah dan seterusnya secara bergilir,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Awang Azman, sebenarnya bekas Yang Dipertuan Negeri yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yakub yang ketika itu Menteri Pendidikan pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdul Razak dengan mengajak beliau menyertai UMNO, bagaimanapun ditolak oleh Tun Abdul Rahman.

“Tetapi bagi saya, apa guna jadi Timbalan Perdana Menteri jika hanya pada nama sahaja dan menjadi boneka semata-mata. Tidak ada apa-apa, kerana rakyat masih juga sama,” kata Awang Azman lagi.

 

Baca seterusnya di: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top