Pemimpin Sabah Perlu Bebas Perjuangkan Hala Tuju

SSK.jpg

DSP Dr Salleh Tun Said (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Para pemimpin di Sabah wajar muhasabah diri dan terus bebas memperjuangkan hala tuju, kepentingan dan masa depan negeri dalam konteks Persekutuan Malaysia, kata bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK).

Salleh membuat seruan dan peringatan itu sempena setahun pemerintahan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Sempena meraikan setahun pemerintahan Kerajaan GRS, saya ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan seperjuangan bahawa kita wajar muhasabah diri dan terus bebas memperjuangkan hala tuju, kepentingan dan masa depan Sabah sendiri dalam konteks Persekutuan Malaysia,” katanya di Facebook.

Beliau yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia persekutuan turut mengimbau detik sejarah pemerintahan Sabah sebagai sebuah negeri yang bakal meraikan usia 140 tahun pada 1 Nov ini.

“Menurut sejarah, pada 1 November 1881 Syarikat Borneo Utara mendapat Piagam Diraja Inggeris untuk mentadbir negeri Sabah yang pada mulanya dikenali sebagai Borneo Utara. Pada 1981, kita sudah menyambut ulang tahun 100 tahun sejarah ini.

“Sebagai renungan, kita sudah lalui pelbagai bentuk pemerintahan dengan pahit manis tersendiri,” tambah beliau.

GRS diketuai Ketua Menteri Hajiji Noor memenangi majoriti kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2020 yang berlangsung pada 27 Sept dan berjaya membentuk kerajaan sah di Sabah.

Komponen utama dalam gabungan itu adalah STAR, SAPP, Parti Bersatu Sabah (PBS), Bersatu, dan Barisan Nasional.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top