PAPAR: Pemimpin Sabah tidak seharusnya mengehadkan diri mereka untuk menjadi ‘jaguh kampung’ dengan hanya menyasarkan jawatan ketua menteri.
Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Sabah Nicholas Sylvester berkata Malaysia ditubuhkan dengan Sabah sebagai rakan kongsi dalam Perlembagaan dan dengan itu pemimpinnya juga berhak berpeluang menjadi Perdana Menteri.
“Sabah perlu berfikiran lebih terbuka. Mengapa kita perlu teruja apabila ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM)? Bagi saya ini satu penghinaan. Adakah kita rakyat Sabah hanya layak menjadi TPM?
“Malaysia dibentuk oleh tiga rakan yang sama dan kita juga berhak menjadi Perdana Menteri, bukan hanya dua teratas,” katanya ketika berucap dalam kempen di Kampung Nagapas, di sini, semalam.
Dalam pada itu, Nicholas turut berkata, rakyat dan pemimpin negeri ini harus lebih berfikiran terbuka dan melihat landskap politik Malaysia dengan lebih luas.
“Kita perlu fikir tentang politik Malaysia, bukan politik Sabah sahaja.
“Kita kena bangkit, bersaing dan berjuang untuk tempat kita di Malaysia. Bukan sekadar menjadi ‘jaguh kampung’ dan sekadar menjadi Ketua Menteri,” katanya.
Berita asal: NST