Pemimpin Masyarakat Perlu Peka Keperluan Setempat – Shahelmey

shahelmey.jpg
Kongsi Bersama

PUTATAN: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya berkata, pemimpin masyarakat perlu peka terhadap keadaan kawasan sekitar dalam membantu masyarakat setempat.

Katanya, ia untuk membantu Kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang baik dan selamat kepada masyarakat.

“Sebagai pemimpin masyarakat kita semua patut peka kepada keadaan sekitar kita, keluarga-keluarga, penduduk-penduduk kampung terutama penduduk tempatan.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk memaklumkan kepada orang ramai sekiranya dijangkiti Covid-19 perlu ada sikap tanggungjawab, jangan lari, patuhi arahan Kerajaan. Apabila diminta untuk kuarantin di rumah atau dipanggil ke pusat kuarantin patuhilah,” katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Tanjung Keramat juga menasihatkan orang ramai agar tidak panik jika diumumkan bahawa kawasan mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Jangan lari bersembunyi sehingga mengakibatkan risiko jangkitan meluas kepada orang ramai. Tujuan PKPD untuk menghadkan pergerakan agar kita dapat mengekang jangkitan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pejabat Mahkamah Anak Negeri daerah Putatan sini kelmarin.

Shahelmey juga berharap pemimpin masyarakat dapat sama-sama membantu dalam menyedarkan masyarakat untuk menerima vaksin yang diberikan oleh Kerajaan bagi mencapai imuniti kelompok agar kehidupan lebih selamat dan selesa.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top